Thursday 11 December 2014

Pakej Sunnah 4 : Pakej Sihat Cantik


Cuka kurma 500 ml, 
Cuka epal 500 ml, 
Minyak zaitun rm20,  
Esktrak jus delima RM21, 
Madu syifa 500 gram RM35, 
Zafaran RM15

RM141

kos pos RM22
Jumlah RM163

Wednesday 10 December 2014

Pakej Sunnah Famili 3 : Pakej Sihat Minda


Kurma Maryami RM40
Kismis hitam RM25
Kismis basah RM rm30
Almond RM20
Pistacio RM30

RM145
kospos RM20
RM165 termasuk pos

Monday 8 December 2014

Tips Sihat Cara Rasulullah SAW


Teks: Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah)


Sebaik-baik amalan, ialah meniru gaya hidup dan panduan kesihatan yang sudah pun dicatatkan dalam al-quran dan sudah diwarisi amalan dari Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah amalan sunnah untuk menjaga kesihatan, untuk kesihatan rohani dan fizikal. Rasulullah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan.



1. Bangun sebelum subuh
Sebaik-baik permulaan hari memulakan qiamullail atau bertahajud, menyampaikan hajat dan menyepikan diri untuk muhasabah, doa. Ia sebaik-baik permulaan hari. Mandi awal pagi, bertahajud dan terus sambung menunaikan solat subuh.


Jadi tidak ada alasan lagi bagi orang cemerlang yang berpagi-pagi ke arah kebaikan.

Antara hikmah dan manfaat, mendapat udara segar awal pagi mengelakkan pelbagai penyakit. Ia juga menguatkan mental dan fizikal untuk menyambung perjuangan dalam rutin harian.

2. Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa rapi dan bersih. Setiap Jumaat melakukan amalan bercukur, memotong kuku, menyikat rambut dna berwangi-wangian.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikan pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian" (HR Muslim)

3. Makan sekadar perlu

Dalam tubuh manusia terdapat tiga ruang, satu pertiga untuk udara, satu pertiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk makanan.

Bahkan, puasa bulan Ramadhan dan puasa sunat Isnin dan Khamis sebaik-baik amalan untuk menyeimbangka kesihatan tubuh.

Sabda Rasulullah:

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, mengunjungi sahabat, medah jihad, pasar dan sebagainya. Berjalan kaki menjadikan diri aktif, menlancarkan peredaran darah dan boleh berpeluh. Ini boleh mencegah pelbagai penyakit.

5. Sabar

Maksudnya tidak pemarah. Kekuatan dan hakikat kesihatan sangat berkait rapat emosi dan fizikal. Apabila seseorang menahan marah ia juga sedang menguatkan fizikal dan mental.

Cara untuk mengelakkan marah, apabila sedang berdiri maka duduk. Jika sedang dudu maka berbaring. Segera berwuduk. Solat doa rakaat untuk menghilangkan kegundahan hati.

6. Tidak putus asa dan optimis
Sentiasa positif, sabar, istiqamah, serta tawakkal kepada Allah s.w.t

7.Tidak iri hati

Buang segala perasaan dengki atau iri hati. Ia juga adalah toksin yang boleh meracun diri dalam keadaan tidak sedar. Perasaan negatif ini boleh membuatkan tubuh rasa letih, dan juga punca meransang pelbagai penyakit fizikal tanpa kita sedar.